Saturday, February 5, 2011

Surat cinta (mungkin)

Dear Awak,

Awak, kita dah lama kenal kan? Eh, takdela lama mana. Tapi lama la jugak. Mula-mula kita pandang pun tak kan? Tapi macam mana tah kita boleh rapat. Kita pergi mana-mana pun mesti sama-sama je. Awak mungkin tak anggap saya ni apa-apa, tapi sebenarnya saya anggap awak lebih dari apa yang sepatutnya. Tapi saya tak berani nak cakap, saya diam je. Asalkan awak ada kat sebelah saya selalu, dah cukup untuk saya. Serious, saya rasa selamat bila dengan awak. Tapi saya selalu ingatkan diri saya jangan nak lebih-lebih sangat. Nanti ada yang marah. Awak pandai amek hati saya. Memahami pulak tu. Tapi saya tau, dengan orang lain pun awak layan macam tu. Awak memang pandai melayan! Tapi sejak dari hari yang kita kena berpisah sekejap haritu, kita dah makin renggang. Kita tak rapat dah macam dulu. Sumpah saya rindu 'kita' yang dulu. Saya nak macam dulu-dulu balik!

Finally, kita dapat jumpa balik. Saya happy betul! Tapi happy saya tu tak lama. Saya tegur awak pun awak tak pandang! Saya datang dekat pun awak jauhkan diri. Sedih gila saya time tu. Tapi saya berusaha jugak nak dekat dengan awak. Saya dah taknak bising-bising lagi dalam rumah ni. Nanti tuan saya marah. Tapi, sampai macam ni sekali awak layan saya? :

video

Pehh! Sedih! Macam mana kita nak buat anak nii? Awak garang betul! Kesian la kat saya ni. Hm, takpelah. apa-apa pun, awak tetap akan berada dalam hati saya Baby Black! Sayang awak forever! Jangan lupakan saya, kenangan2 kita, semua benda lah. Okay? Byee! I Miow You! :*


Yours Truly,
Garfield.
Mengintai dari tirai kamar. :P
(Garfield ialah kucing jantan berwarna orange tu dan Baby Black ialah kucing betina yang berwarna ... errrr .. black tu. -______-")

6 comments:

syira said...

haha!
engt an cinte kaw sme popo!
=P

hznn said...

hahaha. apa lah nasibsi garfield tu. dok kreoow kreoow :P

Adaww said...

Syira : HAHA. Mimpi je la cite cinta dengan dia. -____-"

Hzn : Tu ah. Memekak gila kot. Nasib baik aku ni tuan yang baik. HAHAH.

Atqhsykla said...

Hahaha. Style! Sumpah mengundang la bengong! :P

Adaww said...

Ki : Kita ____ _____ la derrr! HEHEHEHEH. :P

Light of Intelligence said...

ahahaha comel je cerita ni :)